Monday, August 20, 2012

puasa ENAM di bulan SYAWAL

dah beraye sakan kan raya pertama .. today is second day of raya .. pernah dengar PUASA ENAM ?
mesti ramai yang kekurangan ilmu pasal puasa enam nie mcm aku .. hehe .. so aku nak share sikit lahh pasal PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL

puasa enam nie kite berpuasa selama ENAM HARI dalam bulan SYAWAL . tak kisah bile2 janji dalam bulan SYAWAL . *jgn puase bulan muharram pulak -,- *



Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
(( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)) رواه مسلم.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].



Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai”.

*aku copy paste je fakta kat atas . hihihihi . selok ketawe comel ! *



NIAT PUASA 6 DI BULAN SYAWAL
Niat merupakan azam untuk melakukan sesuatu ibadat, dan letaknya di hati. Jika anda berazam ingin melakukan puasa 6 atau qadha’ puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat. Jika mahu berniat puasa 6 syawal :

“sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.

SUMBER: ABGTEROR.COM: http://www.abgteror.com/niat-puasa-6-di-bulan-syawal-panduan-berpuasa-6/#ixzz244AgwAHw

okayy korang da dapat info kann . moh laaa kite puase . bukan senang tau .. hehe 

thanks bai

No comments:

Post a Comment