Friday, August 31, 2012

MERDEKA !

hai assalamualaikum

wahhhh .. hari nie hari MERDEKA !!!
jom jerit ramai-2
MERDEKA !!
MERDEKA !!
MERDEEEEKKAAAAAAAAA!!!!!!!

*woi jerit pelan sikit . org sebelah dah pandang pelik kat kau . HAHA*

neway .. dah 55 tahun negara kita merdeka kan . ALHAMDULILLAH . bersyukur sgt sebab negara kita dah aman . tak dapat aku bayang kalau aku hidup waktu zaman penjajahan dulu . mungkin hari2 aku nges . 

TERIMA KASIH kepada PAHLAWAN-PAHLAWAN yang gigih berusaha menentang penjajah .
tanpa mereka takde lah aku senang lenang BERBLOGING mcm sekarang .
TERIMA KASIH TERIMA KASIH TERIMA KASIH

TEMA untuk ke-55 :: JANJI DITEPATI 

pastu aku dapat tahu ade lagu baru untuk merdeka . tajuk dia JANJI DITEPATI

*katenye banyak kontroversi lagu nie . wallahualam . aku underage . hehe*



okayy jom kita berdoa sempena KEMERDEKAAN YANG KE 55

" Ya Allah , aku bersyukur kepada-MU diberi nikmat hidup
dalam negara yang merdeka

Merdekakanlah pula diri kami dan pemikiran kami dari 
pengaruh-2 yang boleh memisahkan kami dari agama-MU

Merdekakanlah pula negara-2 saudara seislam kami yang sedang
bergolak dari golongan-2 yang zalim

Merdekakanlah kami daripada belenggu nafsu dan maksiat Ya Allah "

amin amin amin ya rabbal'alamin

Wednesday, August 22, 2012

PERKARA PENTING WANITA PERLU TAHU TENTANG LELAKI

assalamualaikum . hai .. hari nie saje aku nak share pasal kaum adam nie .. kaum adam nie mmg kite nampak macho , gagah , kuat . tapi kadang2 mereka pon mcm kaum hawa .. so kite2 yang kaum hawa nie kene bace tau .. takpe .. bia kite mengalah .. alah membeli menang memakai *sumpah takde kene mengene*



Yang nie yang kaum HAWA kene tahu pasal kaum ADAM ^^

1.Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

2.Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.

7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!.

8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.

13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.

15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.

17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

p/s : Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.

jangan tunggu lelaki yang sempurna ., tak jumpe tau 
hehe


okay kaum HAWA get it ? sebenarnye kite kene terima kelemahan dan kekurangan kaum ADAM nie .. nobody is perfect right ? *selok speaking* mcm to lahh dalam hubungan .. kalau kaum ADAM kurang kite lengkapkan dan sebaliknye .. mcm aku dengan BELIAU .. pewiiittt .. semakin hari semakin baik atas persefahaman masing masing (':

sweet gitu 




thanks bai


my raya aidilfitri

hai assalamualaikum .. amacam raye korang ? best tak ? banyak dapat duit ? agak2 kalau dah boleh jadi mak bapak orang to x payah laaaa duit raye lagii .. buat malu je .. ngeh2 ..

so far bagi aku raya tahun nie takde laa best sgt .. entah laa kenape .. mungkin faktor raye tahun nie raye first abg and akak aku tak balik rumah .. dieorg raye uma family mentua dieorg .. mungkin jugak sbb dah meningkat dewasa suasana raya to makin kurang .. betol tak ??

ingat tak waktu kite kecik2 dulu .. mmg excited gilerr aa nak raye .. siap menghitung hari lagi nak raye .. siap dengan baju raya , kasut raya , handbag raya .. seingat aku .. mahu 3-4 kali aku pakai baju raya sebelom tibenye raya .. tak sabar laaa nak pakai baju baru .. baju bukan sehelai tauu .. mahu EMPAT helai .. aku mmg excited dpt baju baru sbb Puan Misi selalu je bg aku pakai baju kakak2 aku .. sadis betoll .. bile raye aku dapat baju baru .. hoyeah2 .. nasib aku takde adik pompuan .. kalau tak aku dah wasiatkan semua baju baju old skool aku to .. *mungkin adik aku akan benci aku*

itu waktu kecik bile dah besar semangat to dah takde .. ade laaa sedikit gambar aku snap2 untuk tontonan readers .. hehe ..

lets jom

aku dengan adik aku 
*asal kau tinggi dari aku hah *
-,-

aku ngan abg aku
kenape die lain ? die mmg lain . anak angkat mungkin . HAHA
*kidding*

aku suke wat muke batak
kbaii

angah aku abg
tlg cakap aku paling lawa kat sini . HAHA
CAPTION : DEPAN RUMAH ORANG -,-

bile cikmisi tak payah pakai tudung putih
amek kau . merah terus pilihan aku . haha



cukup laaa .. nak lebih2 mesej aku . HAHA 

thanks bai

Monday, August 20, 2012

puasa ENAM di bulan SYAWAL

dah beraye sakan kan raya pertama .. today is second day of raya .. pernah dengar PUASA ENAM ?
mesti ramai yang kekurangan ilmu pasal puasa enam nie mcm aku .. hehe .. so aku nak share sikit lahh pasal PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL

puasa enam nie kite berpuasa selama ENAM HARI dalam bulan SYAWAL . tak kisah bile2 janji dalam bulan SYAWAL . *jgn puase bulan muharram pulak -,- *



Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
(( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)) رواه مسلم.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].



Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai”.

*aku copy paste je fakta kat atas . hihihihi . selok ketawe comel ! *



NIAT PUASA 6 DI BULAN SYAWAL
Niat merupakan azam untuk melakukan sesuatu ibadat, dan letaknya di hati. Jika anda berazam ingin melakukan puasa 6 atau qadha’ puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat. Jika mahu berniat puasa 6 syawal :

“sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.

SUMBER: ABGTEROR.COM: http://www.abgteror.com/niat-puasa-6-di-bulan-syawal-panduan-berpuasa-6/#ixzz244AgwAHw

okayy korang da dapat info kann . moh laaa kite puase . bukan senang tau .. hehe 

thanks bai

Sunday, August 19, 2012

RAYA RAYA RAYA !!


SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN 

YANG BENAR ,
nur nadiah binti ahmad pauzi




Sunday, August 5, 2012

La Tahzan innaLLaha ma'ana

hari nie nak post pasal cinta . CINTA CINTA CINTA CINTA . indahnye dunia kalau bercinta kann . tipu kalau cakap tak best bercinta . kenape selalu orang bercinta mesti sakit hati ? pada pendapat aku yang memang tengah bercinta sekarang nie . kite selalu sakit hati sebab kita terlalu sayang kita terlalu care pasal pasangan kita . sampai bende kecik pon hati dah tersentuh . kan ?

sape kenal aku akan tahu aku mcm mana . mcm mana hubungan aku dengan BELIAU . kalau nak undur masa pon tak boleh . aku terima kekurangan yang ada pada diri BELIAU . tapi kalau sebelah pihak je yang terima .. tak membuahkan hasil apa2 ..

kadang kadang aku rasa aku terlalu baik dalam hubungan nie . aku terlalu sayang . aku terlalu mengharap . pernah jugak aku kene marah dgn kawan kawan sebab aku senang memaafkan kesilapan yg sebesar alam . tapi bagi beliau kesilapannya adalah sebesar zarah . mane tak bertekak !

bila bergaduh bertekak rasa macam hidup single is better . tak perlu nak pikir ape2 . tak payah nak sakit hati pening2 kepale .

bila putus cinta .. kita akan kecewa sangat especially pompuan .. aku sendiri pernah rase kecewa sbb cinta .. almost 2 weeks aku x makan . aku menangis mcm org gila . mmg berat aku turun mendadak . membe2 banyak tolong . sakit perit pedih sangat . sekarang perasaan yang sama aku rasa . aku rasa aku dah tak larat nak teruskan hidup dah .

ingat ALLAH . ingat ALLAH . ingat ALLAH .

" ya allah beratnya ujianmu . kenapa aku diuji begini "

"... Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap tiap sesuatu " 
( at thalaq 65 : 3 )

Diuji dengan ujian kehidupan yang berat sehingga hilang separuh kawalan kesabaran. Musibah yang datang bagaikan tiada titik hentinya. Selepas satu, hadir satu lagi ujian. Bak kata orang, ia datang bertimpa-timpa. Benar-benar teruji dengan segala bentuk kesabaran dan ketabahan tergoncang seketika

Inilah warna warni kehidupan. Ada hitam dan putih. Ada saat sedih dan ada ketika gembira. Suka dan dukanya.


jangan bersedih (':

thanks bai

doa untuk ibu bapa

  Ya Allah Ya Tuhanku ,

mungkin aku tidak mampu membahagiakan kedua ibubapaku

dengan kemewahan dan kasih sayang

dengan pertolonganMU ...

perkenankanlah doaku ..

hanya DOA yang dapat aku berikan kepada mereka 

ingat lagi tak doa untuk ibubapa ? kalau tak ingat meh aku share sikit (:

YA ALLAH , AMPUNILAH AKU, KEDUA IBUBAPAKU DAN KASIHANILAH MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA MENGASIHANI AKU SEWAKTU AKU KECIL
amin amin amin ya rabbal alamin 


*semoga Puan Misi dan Encik Cikgu sihat selalu*
i miss them )':

thanks bai


Saturday, August 4, 2012

doaku dari jauh

aku sedih sangat sekarang . rase mcm down gila ah . sebab aku tak boleh balik kampung bukak puase dgn Puan Misi dan Encik Cikgu . lagi menyedihkan bila dapat tahu abg dan kakak aku kemalangan kat jalan mersing endau . rase mcm nak pengsan . Encik Cikgu pernah excident kat tempat yang sama . kate orang tempat tu keras tapi aku tahu semuanya dah ditentukan ALLAH .

get well soon my brother and sister


aya sentiasa doakan abe we dan kak lani 
(':