Friday, July 27, 2012

Oh Jerawat Jururawat !

JERAWAT .. masalah yang dikenalpasti setiap pompuan dalam dunia P/S : laki pon ade kann kan kann ?
lelaki pon penting kan kecantikkan wajah tau sekarang . tak nak kalah tau uolss . -,- back to story . ape jerawat to ? kenape dia tumbuh ? ape faktor yang mempradispos kenaikan beliau ? kenape pompuan mesti jerit2 bile naik jerawat ? *aku mmg xde jawapan untuk soklan yang last to *
* jerawat ke tahilalat to ? -,-  *

* kesian dia ): *


meh kita baca ape maksud jerawat ...
Jerawat adalah istilah yang dikaitkan dengan dipasang pori-pori, umumnya dikenali sebagai komedo dan whiteheads, jerawat, dan bahkan kista atau nodul, berlaku pada wajah, leher, dada, punggung, bahu dan lengan atas. Folikel, sering disebut pori-pori, sering tersumbat dengan sebum (minyak), yang biasanya mengalir ke permukaan, dan bakteria propionibacterium acnes, mulai tumbuh. Baik whiteheads dan komedo mulai sebagai "microcomedone" yang kemudian menjadi noda kulit yang disebut komedo. Jerawat dapat upsetting, menodai, kadang-kadang menyebabkan parut kekal.

ape faktor yang mempradispos jerawat?

  • Stres
  • Faktor keturunan dari parents
  • Aktiviti hormon : Salah satu faktor penting yang menyebabkan timbulnya jerawat adalah meningkatnya produksi hormon testosteron, yang dimiliki oleh tubuh lelaki mahu pun wanita. Hormon testosteron yang terdapat dalam tubuh lelaki mahu pun wanita mencetuskan jerawat dengan merangsang kelenjar minyak (sebaceous gland) untuk memproduksi minyak kulit (sebum) secara berlebihan.
  • Kelenjar minyak yang hiperaktif
  • Bakteri di pori-pori kulit
  • Iritasi kulit atau kerana garu
  • Anabolic steroid
  • Pil pengontrol kelahiran, namun banyak wanita mengalami penurunan munculnya jerawat semasa pemakaian pil
  • Berada dalam lingkungan dengan kadar chlorine yang tinggi, terutama chlorinated dioxins, yang menyebabkan jerawat serius yang disebut Chloracne

kenapa aku cakap pasal jerawat ? sebab aku pon PENJERAWAT yang tegar .. HAHA .. so saje lhaa aku nak kongsi tips2 sampai muke aku okay nie hah mak jemah .. 

ade satu masa aku punye muke mmg banyak giler naik jerawat . mungkin sbb aku stress giler babas ngan masalah-masalah hidup . chewahh . HAHA . waktu to aku mmg down giler ah habaq kau . kompem takde pakwe nak kat aku dah *mcm lha kalau xde jerawat cantik* haha . aku pon google cara nak hilangkan jerawat secara tradisional . mmg banyak gilo aku jumpe . nie aku share sket :


Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.
Petua 9 : tumbuk kunyit hidup dan larutkan dengan bedak sejuk . pastu tepek je kat muke kau nyah !



kenape aku HIGHLIGHT ? sebab aku cube petua kat atas to atas dorongan Puan Misi . Puan Misi dah bosan dengar aku dok merengek mengalah anak kucing . HAHA . sumpah jadi weyh .. aku tak tipu nie .. around 2 minggu aku pakai .. muke dah okay . muke dah xde jerawat kene lha jage lak weyh !
tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mengelak jerawat :
1. Ambil wudu' sebelum tidur.
2. Pastikan diri berwudu' sepanjang masa.
3. Elakkan diri daripada tekanan.
4. Pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup.
5. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku kerana ia akan menyebabkan jerawat menjadi bengkak, merah dan berparut (radang).

6. Berdisiplin dalam menggunakan pencuci muka dan ubat.
7. Pastikan pencuci muka anda betul-betul sesuai dengan kulit muka.
8. Pastikan tangan anda sentiasa bersih kerana jika tangan kotor (mempunyai bakteria), maka ia akan memindahkan bakteria ke muka apabila anda menyentuh muka.
9. Pastikan kain pengelap muka anda sentiasa bersih dan lembut.
10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan merangsang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
11. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.
12. Elakkan dari membuat atau memikirkan perkara-perkara yang boleh menaikkan ghairah nafsu.
13. Pastikan muka anda benar-benar bersih selepas memakai mekap.

haaa .. dapat ? JANGAN buat tau tau tau . sebat kang . tapi usaha aku tak berhenti kat situ je .. aku try satu produk nie ^^ SERI AIDA COSMETIC
*tak payah large sgt pon xpe* hehe .. mule2 aku beli trial set .. aku pakai dalam sebulan mcm to . membe2 tegur muke aku dah okay . parut pon dah kurang . so aku lagi berkobar-kobar lhaa nak pakai kann .. hehe .. kalau rase nak .. boleh visit blog nie ..



rege dia mcm mahal sikit lhaaa untuk student mcm aku nie .. hehe .. tapi tarak hal lhaa .. cantik punye pasal .. aku mmg syorkan korang pakai .. ^^

so aku dah citer panjang lebar pasal masalah jerawat nie . kalau nak cube . cube lah . kalau tak nak tak pe . aku hanya berkongsi ilmu yang sejengkal nie je . chewahhh . nyampah rase . hehe . dah larut malam tarakucahtarakucah da nie . aku tido dulu . babai . salam :D








No comments:

Post a Comment