assalamualaikum pembuka entry . sihat ke semua ? aku selsema beb ..
bangun je dari tido aku dah mcm ada kat bukit fraser .. kenapa ? dia punya kabus .. bikin kucing aku sesak nafas . bukan kucing je sesak nafas . elak asthma aku dtg menyerang je .
nie kisah JEREBU . negara lain buat hal habis MALAYSIA kene JEREBU . naseb baik PM dia dah mintak maaf dan akan cuba hentikan kebakaran tu . kalau tak .. huuuu .. xtau cek nak habaq apa .
ekceli JEREBU bukan sebab aku menghadap laptop hari nie . JEREBU tu cuma selingan manja manja . hihi
SAPA PERNAH TGK AMINAH BUDAK JERMAN KAT YOUTUBE ?
sape yg belom tgk . SILALAHH tgk sekarang sebab AMINAH is soooooo cuteeeeee !! and tak lupa jugak AZALI adik beliau .. omeiii <3
kenapa dengan diaorg?
AMINAH dan AZALI nie anak kepada LEPAT !
LEPAT lahhhh kartunis terkenal gilaaa bak hang .. *aku bukan org kedah tp kwn satu wad aku org kedah. aku terikot -_- *
semalam aku duduk layan YOUTUBE tgk celoteh anak anak dia .. tetiba aku terbukak satu video .. LEPAT tgah borak dgn membe dia pasal politik then ade satu sentence yang LEPAT sebut ..
" KES AKU 13 TAHUN TAK SELESAI"
kes apa ? kalau 13 tahun lepas aku masih berhingus sokseksoksek lagi .. so aku google ..
owh rupanya ..
• Ismail Ariffin (Ismail Lepat) berkahwin dengan Aisyah Jane Abdullah ataupun nama sebenarnya ialah Jane Brummit dan dikurniakan dengan seorang anak bernama Sunni Sazali lebih kurang 14 tahun yang lepas yang dilahirkan di Malaysia
• Mac 1996 : Aisyah Jane melarikan anak Ismail Ariffin (Ismail Lepat) yakni Sunni Sazali ke England dan kemudian Ismail Lepat mengikuti jejak mereka ke England. Ismail Lepat membawa lari Sunni ke Amsterdam dan seterusnya ke Pulau Pinang pada Oktober 1996
• Keluarga Aisyah Jane Brummit berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Crown di Winchester supaya Ismail Lepat memulangkan semula Sunni. Aisyah Jane Brummit kemudian kembali ke Malaysia bagi mendapatkan hak penjagaan Sunni daripada Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Kes penjagaan anak itu ditangguh pada bulan Jun 1997.
• Pada 1 April 1997, Mahkamah Syariah Pulau Pinang menetapkan Aisyah Jane Brummit hanya boleh berjumpa anaknya seminggu sekali di Balai Polis Lebuh Pantai, Pulau Pinang sebelum kes hak penjagaan ke atas Sunni diputuskan.
• 5 Julai 1997 : Sunni dilarikan oleh Aisyah Jane Brummit semasa Sunni berada di dalam Custody Mahkamah Syariah Pulau Pinang dengan menyeberangi sempadan di pintu Bukit Kayu Hitam
• Menurut Berita Harian 18 Mac 2010, menurut kenyataan Ketua Polis Negara pada ketika itu, polis tidak pernah menutup kertas siasatan kes bekas isteri Ismail Ariffin (Ismail Lepat), Aisyah Jane Brummit yang melarikan anak mereka, Sunni ke England 13 tahun yang lepas. Siasatan kes berkenaan adalah berdasarkan Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu culik daripada penjagaan sah dan jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun.
• Ismail Ariffin ataupun Ismail Lepat kini menetap di Bremen, Germany bersama isteri barunya, Nor Azlina Ceasar Abdullah dan terus bergiat aktif sebagai seorang pemuzik dan pelukis jalanan.
so mcm LEPAT nie ditindas oleh penyalahgunaan politik .. sebab takde sorang pon yang tolong dia ..
kata RAKYAT DIDAHULUKAN ?
*pikir pikirkan dan selamat beramal
SUMBER : LONG HAFIZ