Tuesday, December 11, 2012

TOK GURU NIK AZIZ NIKAHKAN KHAIRUL FAHMI DAN LEUNIEY



TOK GURU NIK AZIZ NIKAHKAN KHAIRUL FAHMI DAN LEUNIEY - Penjaga gol sensasi Harimau Malaya, Khairul Fahmi ataupun lebih dikenali sebagai Apex bakal bergelar suami kepada Leuniey Natasha. Apex, 23, akan diijabkabulkan pada 28 Disember ini di kediaman Leuniey bakal dinikahkan Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

"Alhamdulillah, insya'Allah, pasangan ini akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan. Perkara ini telah pun disahkan apabila pihak kami setelah menerima sepucuk surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan. Mengikut surat berkenaan, majlis pernikahan ini akan diadakan tepat jam 10 pagi," kata ayah kepada Leuniey.

1 comment:

  1. semoga perkahwinan mereka mendapat keberkatan daripada Ilahi

    ReplyDelete