Saturday, December 29, 2012

Dua insan membentuk perhubungan, 
dan dua insan juga memutuskan perhubungan



pernah dengar hubungan cinta tak direstui oleh keluarga ?
tipu laaa kalau tak pernah dengar . kat drama tv kan banyak . hehe . saja nak story pasal nie. bukan aku laa yg berada kat situasi nie tapi kawan aku. 

aku bg nama samaran laa .. 
perempuan = minah
lelaki=mamat

"family sebelah mamat tak suka minah.xtahu laa sebab apa.bila si minah call mak mamat akan ckp mcm2 kat minah.minah pernah cerita sekali je dekat mamat yg mak dia pernah call marah marah.tapi mamat marah minah sebab minah mengamuk tak puas hati diperlakukan begitu tanpa sebab. 

mungkin jugak salah minah sebab mengamuk depan mamat pasal mak dia.tapi perempuan mana sanggup tahan kalau kena mcm to? lepas pada to minah senyap walaupun pernah jugak minah kene marah. minah dah tak nak cerita dekat mamat sebab minah takut mamat marah dia lagi.

hubungan minah dengan mamat sentiasa dilanda badai.bergaduh setiap hari.salah minah sebab minah garang dan panas baran.kuat cemburu.

tapi baru baru nie minah kene marah lagi dgn mak mamat.minah dah tak tahan.minah pergi bawa diri.minah jugak berharap mamat maafkan minah dan minah harap mamat jumpa perempuan yang lagi sopan dari minah. minah mintak maaf atas salah silap minah . selamat tinggal hati minah terluka....."

okay dapat tak jalan cerita dia.sedih kann . kalau aku kat tempat tu tak tahulaaa mcm mana nak hadapi. nie aku terjumpa satu puisi . baca laaa .



Di suatu hari yang indah

kita ditakdirkan bertemu
sama-sama membalas senyuman
sama-sama membalas jelingan
tanpa diduga sama sekali
kerna pertemuan indah itu jualah
kita ditakdirkan jatuh cinta!

Saat kita merancang
untuk membina mahligai bahagia
disatukan dalam ikatan suci
halangan datang silih berganti
ujian menimpa bagaikan badai
dugaan menerpa ibarat ribut merah
air mata mengalir tak berhenti
apalah daya bila cinta terhalang

Ayahanda bonda
dan juga sanak saudara
kami datang memohon restu
kenapa dihalangi cinta yang suci
restuilah percintaan ini
ia berlandaskan niat yang murni
pernikahan mengikut hukum Ilahi
bukan sempadan pilihan kami
satukan kami menurut adat dan agama
jangan biarkan kami sengsara

Oh Tuhan
apalah daya kami
bila cinta tak direstui keluarga
semakin kuat mereka cuba memisahkan
semakin kuat cinta kami jadinya
berilah petunjuk
agar jalan yg kami ambil tidak bertentangan

Cinta ini cinta terhalang
setiap arah ada penghadang
ke mana lagi hendak dituju
adakah mereka akan terus membiarkan
hati ini merana memakan diri
dan air mata bertukar darah???
apalah dosa kami
hingga dihukum sedemikian rupa…

Perpisahan adalah penyelesaian
tapi perpisahan adalah pilihan terakhir kami
mereka tahu tapi mereka enggan terima
bahawa perpisahan bukanlah jalan terbaik
kami mungkin terpisah
tapi begitu dekat di hati
kami mungkin berjauhan
tapi hati kami tetap bersatu
kami mungkin dikahwinkan dgn pilihan keluarga
tapi percayalah perkahwinan itu tak akan bahagia
bila satu jiwa sedang merana

Cinta ini cinta terhalang
mungkin ada hikmah disebaliknya
kami kan terus berdoa memohon restu Ilahi
dan menanti penuh sabar restu famili
Oh Tuhan..kami akur sekali
jodoh dan maut di tanganMu
mana mungkin kami menentukan sendiri
andai tiada jodoh
kami redha
kerana kami sedar
kasihMu pada hambamu lebih besar
dari kasih manusia sesama manusia
betapa kerdilnya kami disisiMu

Tuhan..berilah pedoman buat kami
yang semakin hari semakin keliru
jangan biarkan kami tewas
hingga memilih jalan yang salah
hanya padaMu kami berserah
moga cinta kami direstui…

sedih laaa puisi nie .. nak menangis rasa .. isk isk .. pinjam tisu weii !


PERHUBUNGAN  BERMULA DARI ANDA.  ANDA MEMBUAT KEPUTUSAN, ANDA 
MEMILIH.

1 comment: